Facebook


Saturday, July 02, 2016

Kisah, Kuih raya dan balik kampung ...

Assalammualaikum...

Lama tak bersiaran. Dan lama tak buat entri santai. Kekangan masa (ALASAN).

Macam mana Ramadhan kalian? Saya ...... perasaan bercampur baur.

Ok, tak nak lah cerita. Nak cerita tentang raya. Apa yang baru raya ni?

BELAJAR BUAT KUIH RAYA!
Excited tau. Tahun lepas bercadang nak belajar buat biskut raya yang senang-senang tapi akhirnya, hanya dapat buat Cornflakes Madu dan Popia Nestum je. Dua resepi yang senang amat. Tahun ni, Alhamdulillah, memang target tak nak beli kuih raya. Nak buat. Survey resepi kuih raya yang senang-senang kat FB group MAHN (Masak Apa Hari Ni). Siapa ada join group ni, angkat tangan ✋

Disebabkan awal Ramadhan, kami sekeluarga dikejutkan dengan kehilangan salah seorang ahli keluarga yang agak rapat, bagi saya, saya kehilangan ibu saya yang kedua, jadi emosi agak TAK STABIL. Kena pulak lepas tu demam hampir seminggu, tak selera makan hampir 2 minggu Ramadhan, lost track hari apa, puasa ke berapa. Bila dah agak sihat dan cuba susun jadual untuk buat kuih, baru perasan dah masuk minggu ke 3 berpuasa. Kelam kabut gak. Dengan bajet tak berapa ada, suruh abang belikan dulu separuh bahan. Beli bahan untuk buat Popia Nestum dan Popia Seaweed. Slow-slow, buat Popia Nestum. Gaji belum dapat, so pergi bank, keluarkan duit ASB dan penghujung minggu ke 3 tu, beli bahan-bahan lain pulak. Tu pun main agak-agak je sebab tak pernah shopping bahan buat kuih. 

Masuk awal minggu ke 4 Ramadhan, baru cadang nak teruskan projek. Projek kedua kononnya nak buat Popia Seaweed. Tapi disebabkan guna popia brand yang tak pernah guna, last-last tak jadi nak buat sebab susah nak lekat! Tension punya pasal, terus mula buat Cornflakes Madu. Lepas tu, hari Selasa buat kuih Suji, Rabu buat kuih Kacang (Mazola) dan Khamis buat kuih Sarang Semut. Semalam, disebabkan bahan lebih banyak tapi takde butter, Google la resepi untuk buat biskut guna minyak Jagung. Dapatlah buat biskut Cornflakes. Ingat nak buat biskut Nestum pulak, tapi macam masa dah suntuk. Sabtu dah nak balik Kampung.

Jom tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil. Sebenarnya, nak ambil gambar proses pembikinan. Tapi disebabkan kepala ligat sangat berfikir pasal resepi, takut salah, terlupa la nak ambil banyak gambar.

Guna straw untuk memudahkan kerja menggulung kulit popia. Pastu, popia potong 2 untuk jimat. Hehehe...

Popia yang dah dipotong serong

Cornflakes madu. Tak tau mana silap. Mungkin lebih gula. Cornflakes agak melekat kat papercup.

Zoom skit....

Bahan-bahan untuk buat biskut Suji. Buat Suji old skol je. 3 bahan sahaja.

Ada yang merekah. Mungkin sebab suhu panas sangat. Tapi rasa memang sedap!

Takde pengalaman buat tapi berbangga gak la berjaya buat.

Bahan-bahan untuk buat kuih Kacang Mazola tapi pakai minyak Daisy je. Kacang guna sepeket je.

Kena lebih latihan lagi. Tak tau macam mana nak goreng kacang tanpa minyak.

Hasil lepas diblender kering kacang tersebut.

Lepas dah campur tepung. Rasanya terlebih tepung, sebab tu agak tak menjadi.

Buat satu untuk testing suhu dulu.

Bahan-bahan untuk buat kuih Sarang Semut.

Pakai mixer sebab tak reti pukul sampai kembang guna tangan. Lama gak tunggu sebab butter masih keras.

Dah siap tambah tepung dan pewarna. Nasib baik tak terlebih warna.

Eh, lupa letak coklat sprinkle.

Tada! Sebelum dibakar.

Kuih main tibai je. Kuih cornflakes. Boleh terima la rasanya. Rupa je tak berapa nak cantik.

Koleksi kuih kuih tahun 2016. Hehehe......

ALHAMDULILLAH sangat-sangat. Rasa berbangga dengan diri sendiri sebab dapat buat kuih raya sendiri. Untuk pengetahuan, saya ni bab masak-masak, apatah lagi kuih muih memang tak pandai. Tak tahu mana datang AURA yang kuat untuk beranikan diri buat kuih raya sendiri. Setakat ni, yang tak berapa puas hati hanyalah kuih Kacang (Mazola). InsyaAllah, boleh belajar dari kesilapan. Tahun depan bercadang nak buat kuih kegemaran saya iaitu Tart Nenas. 

HARI NI HARI SABTU (27 RAMADHAN)
Balik ke kampung halaman. Hari Selasa, insyaAllah, balik ke kampung Atok untuk bersama-sama berbuka puasa yang terakhir untuk tahun ini. Cadangnya, nak bawak balik Puding Karamel. Harap-harap lah menjadi. 

Doakan saya selamat sampai kampung halaman ye. 😊


Sekian.

Read More