Facebook

Monday, June 20, 2016

Riang Ria Raya di Lazada Malaysia

Dah shopping untuk raya? Tahun ni, mungkin ala kadar je sebab kami telah kehilangan seseorang yang dekat dengan keluarga kami, iaitu ibu saudara saya, adik kepada mak saya. Yang paling terkesan, mestilah mak saya. Dia juga yang jaga ibu saudara pada saat-saat akhir.

Bukan setakat itu, lepas satu, satu dugaan yang melanda. Bak kata abang saya yang kedua, PUASA, KALAU TAKDE DUGAAN, BUKAN PUASA NAMANYA. Takpe. Kami redha seaadanya.

Jadi, bila mood raya tak berapa nak ada, nak shopping pun apatah lagi. Nak keluar rumah pun malas. Apa kata kita shopping online je. Nasib baik ada LAZADA. Pendek kata, apa sahaja keperluan rumah, mesti ada dijual di LAZADA. Tambahan lagi, ada diskaun sehingga 92%, menjadikan LAZADA tempat yang sesuai untuk anda shopping raya ini!

Nak tau barangan apa yang ada diskaun, klik sini >> http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/

Untuk menggembirakan hati mak, adalah lebih elok kalau saya hadiahkan oven ni untuk dia. Dah lama dia sebut nak oven sebab kat rumah memang tak ada. Boleh la mak buat kuih untuk raya nanti.
Morgan Electric Oven MEO-HC25C (25L) RM123.70

Disebabkan abang yang no 2 sekarang tengah jaga pemakanan, elok juga kalau belikan dia pemanggang ajaib ni. Dari tahun lepas lagi bercadang nak beli sebab tau pemanggang ajaib ni boleh guna untuk masak macam-macam. Guna minyak pun sikit je.
Takada Double Grill Pan TK-DGP01 RM143.10
Untuk diri sendiri pulak, nak yang simple je. Nak cari sling bag baru. Sling bag yang ada sekarang dah 3 tahun. Pergi mana-mana mesti bawak. Tapi sling bag sekarang ni tak boleh kena air. Confirm rupa kena sopak. Pastu disebabkan dah lama tak basuh, dia dah jadi hitam-hitam sikit. Tapi rasanya kena cari pengganti sementara nak basuh beg lama tu. Jadi pilih beg ni lah. G kenduri pun boleh pakai.
Mango Touch Double Compartment Body Sling Bag RM45.00
Disebabkan ramai yang alahan pada habuk kat rumah, rasanya perlu beli vacum cleaner baru. Yang lama dah 5 tahun. Lagi pun dah sedut tak kuat. Kena la tukar baru nampaknya.

Powerful Handheld Vacuum Cleaner Deerma 2 In 1 RM139.00


Jumlah semua sekali baru RM450.80. Kalau sapa ada bajet dalam RM500 memang patut shopping kat LAZADA. Tak rugi.


KHAS UNTUK BLOGGER. LAZADA ada buat contest. Klik kat banner bawah ni kalau nak sertai. Peluang anda untuk share apa barangan yang anda teringin nak beli dari LAZADA dan boleh menang hadiah!


Read More

Saturday, June 18, 2016

Khasiat Natural Tea | Rosebud dan Roselle

Nak cerita balik pasal Natural Teas ni. Entri lama dah padam. 

*****

Apa khasiat Natural teas? Terutama yang saya sedang jual sekarang, Rosebud dan Roselle? Jom kita tengok satu per satu.


FRENCH ROSEBUD TEA

  • Rosebud mengandungi Vitamin C yang tinggi, antioksida juga lain-lain vitamin seperti vitamin A, B, E dan K
  • Rosebud telah digunakan di dalam bidang perubatan Cina semenjak 5000 tahun dahulu. 
  • Pelbagai khasiat telah direkodkan ketika itu seperti mengurangkan depresi, melegakan saraf, melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan masalah tidakhadaman.
  • Rosebud tea juga dikatakan sebagai herba ajaib untuk masalah wanita, juga digelar sebagai Lady's Tea.
  • Ia dikatakan dapat mengurangkan masalah senggugut dan PMS yang dihadapi kaum wanita. Juga membantu menstabilkan emosi serta fikiran.
  • Ia juga membantu meningkatkan tahap kesuburan.
  • Kandungan vitamin C yang tinggi membantu meningkatkan sistem imun, membantu kesihatan kulit dan tulang, serta membantu penyerapan iron.
  • Rosebud tea juga mengandungi antioksida yang membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas.
  • Dikatakan juga, secawan Rosebud tea sehari akan mengurangkan kesan penuaan dan dapat mengekalkan kecantikan kulit.
  • Ia juga membantu melembapkan kulit, mengurangkan pigmentasi, masalah pori tersumbat dan dapat menyeimbangkan PH serta pengeluaran minyak semulajadi kulit.
  • Selain itu, ia juga membantu melancaran sistem penghadaman dan mengatasi masalah sembelit.

ROSELLE (HIBISCUS) TEA

  • Roselle tea juga digelar sebagai tanaman berserat tinggi yang bagus untuk membantu melancarkan sistem penghadaman, meningkatkan metabolisma serta membantu mengurangkan berat badan.
  • Seperti mana yang kita lihat dipasaran sekarang, kebanyakkan produk minuman atau suplemen untuk membantu penurunan berat badan, salah satu bahan yang kerap digunakan adalah Roselle.
  • Selain dari itu, ia dikatakan dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol.
  • Roselle tea juga dapat menggantikan minuman isotonik yang berasa dipasaran. Ia membantu menyejukkan badan serta mengurangkan rasa dahaga.
  • Seperti juga Rosebud tea, Roselle juga mempunyai khasiat yang sama untuk kecantikan kulit kerana kedua-duanya tinggi vitamin C dan antioksida.

APA PERBEZAAN KETARA ANTARA KEDUA NATURAL TEA INI?
Sekali imbas, kedua-dua natural tea ini mempunyai khasiat yang hampir sama. Tapi sebenarnya fokusnya berbeza. Rosebud tea lebih kepada kecantikan dan masalah dalaman wanita, manakala Roselle tea lebih terkenal akan khasiatnya untuk masalah penghadaman dan berat badan.

Sebab kedua yang menyebabkan saya lebih suka perkenalkan 2 jenis natural tea ini adalah kerana perbezaan rasanya yang ketara. Rosebud tea mempunyai rasa yang mild tapi mempunyai bau yang harum dan dapat memberikan kelegaan semasa stress. Manakala, Roselle tea pula mempunyai rasa masam tapi tidak mempunyai bau yang ketara. Roselle tea lebih kepada minuman yang memberikan kepuasan kepada orang yang menikmatinya, lebih-lebih lagi kalau dicampur dengan sedikit pemanis seperti madu dan ais. Rasanya seakan-akan menikmati air Ribena.

Perbezaan ketiga adalah dari segi warnanya. Rosebud mempunyai sedikit warna pink/purple semulajadi. Tetapi apabila direndam, airnya seakan-akan tak berwarna, mungkin terdapat sedikit warna kekuningan. Manakala, Roselle tea pula warnanya merah kegelapan. Namun, apabila direndam di dalam air, ia akan mengeluarkan warna merah semulajadi yang amat cantik.


BAGAIMANA CARA PENYEDIAAN :
Rosebud Tea : Biasa dihidangkan panas/suam. 2-3 putik cukup untuk secawan air panas. Rendam selama 10-20 minit. Boleh diminum begitu sahaja atau tambah pemanis seperti gula atau madu.
Roselle Tea : Boleh dihidangkan panas atau sejuk. 1-2 putik cukup untuk secawan air panas. Ikut rasa yang anda inginkan. Rendam selama 10-20 minit. Kalau diminum begitu sahaja atau jika terasa tak tahan masam, boleh tambah pemanis seperti gula atau madu. Boleh tambah air jika inginkan rasa yang lebih menyegarkan.

Nota : Natural tea ini juga dikenali sebagai minuman herba. Herba biasanya perlu direndam lebih lama untuk mendapatkan khasiatnya yang lebih banyak atau boleh direndam semula sehingga rasanya hilang.

Ok. Jangan lupa follow Instagram saya BASIC.loft (insyaAllah, tak tukar nama lagi... hehehe...)


Sekian .... 
Read More

Thursday, June 16, 2016

Chia Seeds | Apa khasiatnya

Nampaknya, bulan Ramadhan tahun ni famous dengan Chia Seeds, sedangkan benda ni semua orang patut tahu dari dulu lagi. Saya tahu pun bila banyak study pasal makanan yang patut kita ambil, yang mempunyai pelbagai khasiat. Masa tu tahu pasal Psyllium Husk, Chia Seeds dan Flax Seed. Antara 3 ni, saya pilih untuk merasa Psyllium Husk dulu sebab masalah sembelit. Lepas tu baru try ambil Chia Seeds sebab Omega 3 nya. Last, try Flax Seed lak. Biasa baca, orang yang betul betul jaga pemakanan mesti ada Flax Seed dalam makanan diorang. Bila try, erkkk.... Tak dapat masuk. Macam tak sedap. Sampai buang macam tu je. So, FLAX SEEDS


*****


Ok. Untuk entri ni, nak cerita serba sedikit apa yang saya tau pasal Chia Seeds.


CHIA SEEDS : Chia seeds dalam dunia pemakanan sihat digelar SUPERFOODS. Superfoods ni biasanya merupakan makanan yang tertua dan telah wujud sejak beribu ribu tahun dahulu. Orang dulu dulu, mana la nak dapat suplemen dalam bentuk tablet, kapsul. So, segala jenis vitamin, mineral, zat diorang dapat dari makanan yang tumbuh secara semulajadi di kawasan mereka.

Pokok Chia, yang juga dikenali sebagai Salvia hispanica, merupakan sejenis pokok yang berbunga, dalam keluarga mint. Sekarang, Chia ditanam untuk mendapatkan bijinya, iaitu CHIA SEEDS.

Chia seeds kaya dengan Omega 3 fatty acids, linolenic acid, B vitamins, thiamine, niacin, riboflavin and folate juga mengandungi mineral seperti kalsium, iron, magnesium, mangan, fosforus dan zink juga fiber dan protein. Chia seeds juga mengandungi antioksida.

Chia seeds berbentuk bujur (oval), bersaiz kecil dan kadang kala berwarna coklat, kelabu, hitam dan putih. Kalau dipasaran, terdapat dua jenis chia seeds yang dijual iaitu yang berwarna hitam dan putih. Dikatakan khasiat Chia seeds hitam adalah lebih tinggi dari yang putih. Begitu juga harganya.


KHASIAT CHIA SEEDS :
  1. Membantu dalam penurunan berat badan, disebabkan kandungan fiber (serat) yang tinggi dan kandungan protein. Serat berfungsi menyerap air dan ianya akan membesar di dalam perut. Ini akan menjadikan seseorang merasa cepat kenyang dan penyerapan makan akan berlaku secara perlahan.
  2. Meningkatkan metabolisma badan.
  3. Kandungan lemak Omega 3 yang tinggi, baik untuk tubuh badan kita.
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
  5. Membantu mengurangkan keradangan sendi.
  6. Membantu mengurangkan lemak pada bahagian perut.
  7. Kandungan Kalsium, magnesium, fosforus dan protein, baik untuk kesihatan tulang.
  8. Membantu meningkatkan tenaga untuk aktiviti berat.
  9. Antioksida baik untuk kulit. Ia membantu mempercepatkan penyembuhan luka juga membantu menghalang serangan radikal bebas terhadap sel kulit.
  10. Membantu melancarkan sistem penghadaman.
  11. Pengambilan semasa berpuasa dikatakan dapat mengelakkan hidrasi dan kehausan.
CARA PENGAMBILAN CHIA SEEDS :
Kalau tengok resepi di internet, memang banyak. Ada yang tabur begitu sahaja dalam makanan, ada yang buat puding dan sebagainya. Tapi saya nak kongsikan cara paling mudah untuk kita ambil dan amalkan setiap hari. 

Saya lebih suka untuk katakan, it's about try and error. Cuba ikut kemampuan kita kalau pertama kali ambil Chia seeds sebab tak tahu kita boleh telan ke tak. 1 cawan air kosong, campurkan 1-2 sudu kecil chia seeds. 

Kalau saya dulu lebih suka ambil Chia seeds dengan air berperisa. Saya rendam dahulu Chia seeds lebih kurang 2 sudu besar dalam air biasa dan kacau. Air tidak perlu terlalu banyak. Cukup sekadar untuk Chia seeds mengembang. Sementara menunggu kembang, saya buat campuran air berperisa. Saya suka buat air Roselle di dalam bekas air minuman 500ml. Bila Chia seeds dah kembang, baru dicampurkan dalam minuman berperisa. Saya dapati, jika dicampur Chia seeds terus dalam air berperisa, ianya akan lambat mengembang dan biji-bijinya akan bergumpal. Sebab itu lebih mudah jika kita rendam dahulu dalam bekas yang berlainan.

*****

Korang macam mana? Pernah ambil Chia seeds tak? Apa pendapat korang?
Ada yang kata Chia seeds lebih kurang biji selasih. Saya tak pasti pulak sebab seingatnya, dulu saya tak suka minuman yang ada biji selasih. Tiba tiba, Chia seeds ni saya boleh terima pulak. Heheheh...


Sekian .... 
Read More

Wednesday, June 15, 2016

Restock Natural Tea!

Entah macam mana boleh terlupa.

Terlupa yang saya ni penjual natural tea.

Tiba tiba ada yang Whatsapp tanya stok Rosebud tea dan Roselle tea.

ALAMAK!!! Lupa nak restock!

InsyaAllah, sedang kembali ke track yg betul....... Lepas ni tak boleh lupa-lupa lagi... huhuhu...

*****

Disebabkan ramai yang bertanyakan mengenai Rosebud dan Roselle tea, untuk bulan Ramadhan yang mulia ni, saya restock 2 jenis natural tea ni dulu. Masih dalam proses pemilihan nak restock jenis apa pulak lepas ni. InsyaAllah, mungkin lepas Raya.

Untuk restock batch ke dua ni, saya telah kecilkan sedikit packaging serta rendahkan harga supaya semua boleh merasa. Kalau ada yang memang suka minum hari hari, saya adakan pulak packaging yang lebih besar dari sebelum ni.

Nak tengok packaging baru? Ni dia!

Berat kandungan berbeza mengikut setiap jenis. Cuba samakan berat tapi tak berjaya sebab Roselle jenis bunga besar dan ringan. Rosebud pulak jenis kecil tapi padat dengan kelopak.

Small Jar
Rosebud Tea (30g) RM18.00
Roselle Tea (25g) RM12.00

Medium Jar
Rosebud Tea (75g) RM38.00
Roselle Tea (65g) RM26.00

Harga tidak termasuk postage.

Maklumat tambahan : Rosebud yang saya jual adalah French Rosebud. Sebab tu warna tak pink sangat or purple sangat. French Rosebud adalah rosebud yang lebih berkualiti dan lebih tinggi khasiatnya. 

Setakat ni, jar memang togel je la. Nak tempah sticker nanti, mesti membazir sebab ada je yang tak berkenan. Ingat nak buat sendiri tapi printer sendiri lak belum ada. So, jangan boring lak ye tengok bekas togel ni. Heheheh....

Sempena Ramadhan, saya ada buat PROMO SET. Harga untuk promo set ni off course lah ada diskaun tapi bukan untuk single jar. Hanya untuk SET. 

Jangan lupa follow :
Instagram (BASIC.loft)
FB Page (BASIC.loft)

Sekian .... 
Read More