Facebook


Thursday, March 31, 2016

Pujuklah Hati ... Dugaan kecil je ni ...

Dugaan demi dugaan. Bukan hidup kalau tak ada dugaan. Dugaan pula datang dengan pelbagai bentuk. Kesusahan itu dugaan, kesenangan juga dugaan. Dugaan menguji kita, bagaimana kita hadapi, bagaimana hubungan kita dengan Pencipta.

Difikir-fikir, dugaan saya kecil je dari orang lain. Orang lain yang berjaya dalam bisnes, kalau dengar cerita mereka, ada yang sampai pernah bankrap, rugi berjuta-juta. Setakat smartphone rosak, line internet slow sebab update laptop ke Windows 10 (ada cara tak nak boostkan balik masalah WiFI slow ni). Kalau orang lain dengar, mesti pelik. 

'Eleh, sebab tu je nak stress ke? Boleh hidup lagi la.... '

Untuk yang tak tahu, mata pencarian saya adalah dari alam maya. Bisnes online. Walaupun belum kukuh mana, selalu bertukar fikiran untuk buat sesuatu perkara, tapi Alhamdulillah. Dah boleh sara hidup sendiri. Proud of myself.

Untuk bisnes online, saya selalu guna Instagram untuk promosi dan Whatsapp untuk terima order. Dua-dua kena guna smartphones untuk guna apps tersebut. Bila dah kena macam ni, kena stop kejaplah. Baru terfikir, kalaulah ada FB page yang aktif, mesti tak jadi masalah.

Dari masalah, kita belajar untuk lebih bersedia di masa hadapan.

Lagi satu, smartphones memang penting untuk saya. So, akan simpan modal untuk beli smartphones yang lebih tahan lasak.


Buat masa sekarang, rehat dulu. Fikir masak-masak macam mana nak MOVE ON. Macam mana nak bangkit semula. Tengah pujuk hati sendiri. Dah lah tempat mengadu tak ada... huhuhu...

But always loves this book. Pujuklah Hati by Bonda Nor. Teringat masa beli buku ni. Tahun 2014 rasanya. Masalah cinta. Tapi sekarang dah malas nak fikir. 

Kalau ada apa-apa masalah, baca buku ni. Tenang je rasa.


Read More

Monday, March 28, 2016

SMARTPHONE PADAM!!!

Secara tiba-tiba, smartphone saya, Asus Zenfone 2 padam dan tak boleh cas. Kadang-kadang vibrate sendiri tapi masih takde display apa-apa. Agak tertekan sebab smartphone tu masih agak baru. Belum sampai setahun. Beli masa awal bulan Ramadhan tahun lalu. Kalau tengok luaran pun masih cantik lagi sebab pakai casing. Bila dah padam, apa boleh buat? Nak hard reset, tekan volume button + power button pun tak ada respond. Dah la tak ada backup phone. 

Kerja agak tergendala. Bisnes online banyak guna whatsapp dan instagram and both boleh guna dekat handphone sahaja.

Nasib baik bisnes online belum bermula sepenuhnya. Mungkin Allah bagi masa untuk rehat dan berfikir apa nak buat. Sebab terasa diri ni terlalu banyak pegang smartphone untuk Google info untuk mulakan semula bisnes online.

Yang menjadi masalah sekarang, MANA NAK HANTAR REPAIR HANDPHONE TU dan HANDPHONE BRAND APA YANG TAHAN LASAK untuk online sepanjang masa. Kena beli baru sebab awal April nak join dropship. Kena ada Instagram, Whatsapp dan Telegram. Warranty memang takde dah sebab dah bukak belakang. Try Google katanya kena disconnectkan bateri dari motherboard. Ramai kata berjaya, tapi saya buat masih tak boleh on dan cas jugak.

Buntu. Mungkin kena buat DIGITAL DETOX sementara waktu.

Tapi yang pasti, digital detox ni hanya jauhkan diri dari smartphone je. Laptop dan tv masih boleh digunakan. Hehehe...

Eh, korang guna smartphone brand apa ye? Bajet saya hanya dalam lingkungan RM600 ke bawah. Paling tinggi pun mungkin RM700. Duit ada tapi tu memang nak buat modal mula bisnes online balik.
Read More

Friday, March 25, 2016

Menikmati buah naga tanam sendiri

Ini kisah minggu lepas. Cuti sekolah, saya balik kampung. Bawak anak buah sekali. Gitu gini pun, kalau dok KL jaga dia juga. Sama je kalau jaga dia kat kampung.

Dah lama dok perati pokok buah naga yang ditanam kat halaman rumah. Tiba-tiba, mungkin sebab hujan panas, pokok buah naga berbunga dengan banyaknya. Malangnya, tanya mak, kebanyakkan bunganya dah luruh. Buah tak menjadi. Balik last week, nampak ada 2 biji yang menjadi tapi masih hijau lagi. Ntah hari apa, bila jenguk, buahnya dah merah. So tunggu lagi sehari baru petik.

Dalam semak.

Kecik je. Alhamdulillah...

Kecik kecik tapi rasa boleh tahan...
Tanam gitu-gitu je. So hasilnya, buahnya kecik je. Ala ala besar penumbuk. Tapi alhamdulillah, dapat merasa setelah dah lama tak makan buah naga. 2 biji habis masuk perut sendiri. Mak kata, ko makanlah, nanti dah nak balik, tak merasa..... Huhuhuhu.....
Read More

Thursday, March 10, 2016

Blogwalking Segment by kasihjuju.com


Syarat-syarat penyertaan:

1/ Sila follow blog saya ye.
2/ Like fanpage saya -->
3/ Buat entri bertajuk " Blogwalking Segment by kasihjuju.com "
4/ Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini.
5/ Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.


Segmen akan berlangsung selama seminggu sahaja. Cepat-cepat join okeh. Banyak kebaikkan kalau korang join segmen macam ni. Antaranya, korang dapat kenal dengan rakan-rakan blog yang lain, boleh tengok design blog diorang yang cun-melecun dan yang paling penting dapat tingkatkan follower blog.

Dan yang paling best, penganjur segmen akan pilih 5 blog bertuah untuk dimasukkan dalam senarai bloglist special yang akan penganjur segmen create lepas habis segmen ni. Pemilihan akan dibuat berdasarkan top refferal dan juga menggunakan kaedah random.org.

Read More

Monday, March 07, 2016

Handmade dan produk tempatan untuk kulit ekzema

Dalam 2 minggu lepas kalau tak silap, browse kat Instagram cari seller yang jual handmade skincare. Sebelum tu, memang dah banyak follower seller yang jual handmade skincare. Tapi bila dah betul-betul decide nak beli, barulah cari sorang seller yang jual benda yang saya nak. Masa tu ekzema kat pelipat tangan macam asyik berulang-ulang dan merah. Jadi, nak cari krim untuk masalah ekzema. Kebetulan, sabun mandi dah habis (berapa hari mandi tak pakai sabun. Huhuhu...) dan deodorant yang ada bau dah lain, so decide nak cari 3 barang ni sekali.

Maka, terserempaklah dengan Ibu's Bestfriend di Instagram. Sebelum ni, ada nampak dia buat offer Eczema Balm dan Soap tapi tak teringin sangat nak beli, then tengok lagi dah sold out. So tak tau dah restock ke belum. Alhamdulillah, bila tanya lagi dia kata dah ada stok. 

3 items untuk RM78.00 include postage
Eczemile Soap
Sabun Eczemile Soap ni memang diformulakan khas untuk mereka yang mengalami ekzema. Memang cukup lembut untuk kulit. Saya kalau guna sabun biasa kat kedai, kena dekat ekzema memang pedih pastu mengetip je rasa lepas mandi. Tapi dengan sabun ni, macam tak rasa apa-apa je. Dah tak rasa pedih. Sabun ni takde la besar sangat dan keras macam sabun mandi biasa. Jadi, saya potong kecil-kecil dan guna sikit-sikit.

Herbal Stick Deodorant
Masa mula-mula ingatkan saiz dia macam deodorant kat pasaran. Rupanya kecil je. Saiznya yang kecil memudahkan untuk dibawa kemana-mana. Letak dalam handbag pun tak makan ruang. Setakat yang saya gunakan, alhamdulillah macam guna deodorant natural yang biasa saya beli dari iHerb.com. Deodorant natural macam ni biasanya hanya membantu mengurangkan bau tak sedap kat celah lengan, bukannya menghalang perpeluhan berlaku tau. Kalau menghalang peluh, saya sendiri pun tak nak guna, sebab berpeluh tu bagus untuk badan sebenarnya. Bezanya dengan deodorant lain yang saya biasa guna dari iHerb adalah ianya dalam bentuk pejal dan ada butir-butir kasar sikit. Mungkin dari arrowroot powder atau baking soda. Tapi kasar tu bagi saya bagus. Boleh buat skrub skali. Hehehe....

Eczema Balm
Dulu saya pernah buat sendiri balm macam ni tapi mungkin resepi tak berapa ok. Rasa berminyak dan kesat sangat. Rimas pulak. Tapi balm ni kiranya masih boleh diterima. Beberapa hari selepas guna balm ni, ekzema saya yang kering ada yang hilang sepenuhnya. Dan saya perasan, mana-mana kudis yang kasar (kulit saya jenis cepat berkudis) cepat jadi licin. Tapi ada sikit bad news. Ekzema saya pada pelipat tangan macam jadi lebih teruk. Biasa teruk tapi tak la sampai merah. Tak tau kenapa, dia punya gatal sampai jadi merah. Tapi mungkin juga sebab saya garu dan duduk bawah panas lama sangat. Bila saya guna Aveeno lotion saya balik, esoknya ekzema tu terus lega. So, bagi saya, kalau jenis ekzema yang merengsakan dan tengah teruk, tak sesuai balm ni untuk saya. Tapi untuk licinkan mana-mana kondisi kulit yang kasar, memang boleh membantu.

*****************************************

Jadi, sapa-sapa yang berminat dengan produk skincare yang lembut pada kulit dan handmade ni boleh follow Instagram :

Selain dari produk yang saya beli ni, ada beberapa jenis sabun yang lain lagi, ada face mist, skrub badan dan muka, spray deodorant dan lain-lain. Dan baru-baru ni, dia baru je ada produk baru iaitu sabun mandi jenis cecair dan shampoo. Jangan lupa support local produk ye :)

Read More