Facebook


Monday, February 29, 2016

Saya & Ekzema | Bahagian 1

Saya dilahirkan dengan EKZEMA. Biasanya, bayi yang kena ekzema, bila dah besar ekzema akan hilang. Tapi saya, bila dah sekolah hanya kena gatal-gatal biasa je. Tak teruk pun. Sejak 6-7 tahun yang lepas (umur 26-27 tahun), ekzema tiba-tiba kembali menyerang dan sampai sekarang pun masih ada. Cumanya, teruk atau tak je. Masa mula-mula menyerang balik tu memang stress teramat. Bayangkan, masa tengah tidur, tiba-tiba terjaga, kaki ke atas, tangan dok syok menggaru ekzema tu. Adeh! Sampai berair dan berdarah. Dulu dah la tak pakai tudung. Dekat leher pun ada ekzema. Memang segan orang tengok. Kat tangan dengan kaki jangan cerita la. 

Masa tu memang buntu sangat. Kalau rasa nak kering cepat ekzema tu, g klinik, suruh enjet. Pernah amik injection sebulan 2 kali, klinik yang lain. Rupa-rupanya, tak boleh ambil sebulan lebih dari sekali kecuali atas nasihat doktor atau teramatlah teruk. Pergi 2 klinik yang berbeza, mana la doktor tu tau. Kesannya pulak, rambut gugur. Kalau elok terus takpe gak. Mungkin sebab pemakanan dan persekitaran, ekzema tu datang balik. Entah macam mana, mungkin sebab dah tak nak ambil injection dan makan ubat (both got steroid dan memang tak elok untuk badan. Kesan jangka pendek rambut gugur, kesan jangka panjang.... who knows.) ekzema tu terus berkurangan. Bukan takde lansung, tapi berkurang tu dah cukup baik.

Mungkin sebab berhenti kerja. Masa kena serangan balik, waktu tu masih kerja. Mungkin sebab work environment yang tak berapa bersih pun ye. Nak kata sebab makan, rasanya dulu makan takde la seteruk sekarang. Bila dah berhenti kerja, dapat luangkan lebih masa dengan diri sendiri. Rawat ekzema dengan bahan-bahan semulajadi macam minyak gamat (tapi ni sy tak boleh pakai. Gatal bertambah) dan minyak kelapa dara (PALING BEST!). Kalau kena gatal teramat sangat, tahan je la. Dah tak kerja, duduk rumah, pakai singlet dengan seluar pendek. Duduk bawah kipas untuk elakkan berpeluh dan gatal.

SEKARANG
Masih ada setompok dua. Cuba mencari krim yang lebih lembut untuk kulit. Kalau kena agak teruk sikit, masa mandi skrub ekzema tu, lepas mandi lap-lap, terus sapu minyak kelapa dara. Biasa sapu minyak sebelum tidur la sebab tak suka rasa melekit-lekit ni. Dah tidur tak rasa apa. Bangun esok pagi, biasanya akan kering sikit. Lepas tu, bergantung pada diri sendiri. Jaga makan, jangan garu, elak pakai sempit atau baju berbulu sangat. Jangan terlalu fikir. Biasanya tau-tau je hilang. 2 3 minggu lagi, tumbuh tempat lain pulak. Hehehe....

PRODUK
Ni a few produk yang saya sedang guna dan bercadang untuk terus guna.

Aveeno Eczema Therapy
iHerb.com memang tempat yang saya paling suka untuk cari produk yang sesuai untuk ekzema. Contoh macam Eczema Therapy Moisturizing Cream dari Aveeno ni. Ia mendapat pengiktirafan(??) dari NationalEczema.org sebagai krim yang sesuai untuk mereka yang ada ekzema. Masa ni beli kalau tak silap hampir RM80 camtu kot. Sekali dengan international posting dan currency MYR yang sedang nak turun lagi dan lagi. Mula-mula nak beli rasa mahal sebab tak tahu keberkesanannya. Tapi beli je la. Lagi pun rewards dari iHerb ada lagi. Sekali sampai tengok tubenya, mak aihh! Bosa jugaklah! Beli dalam last year tapi tak guna hari-hari sebab MALAS. Jadinya pakai bila ekzema macam merah-merah, agak-agak nak teruk baru sapu. 

RESULT : Bagi saya agak sesuai untuk saya. Alhamdulillah, ada yang berkurangan tapi ambil masa gak. Nak hilang memang saya tak harap. Tapi dapat melegakan dan mengurangkan, itu dah cukup baik pada saya. Krim boleh pakai siang atau malam sebab tak melekit. Lembut sangat. Saya memang tak suka pakai krim yang melekit-lekit waktu siang. But this one, THUMBS UP!

Virgin Coconut Oil
Ni yang paling saya sarankan pada semua. Tak kira ada sakit kulit atau tak, mesti ada ni kat rumah. Nanti saya buat entri lebih lanjut tentang khasiat dan penggunaan Virgin Coconut Oil (VCO) ni. Nak cari minyak kelapa, paling bagus cari yang VIRGIN. EXTRA VIRGIN lagilah bagus tapi ada yang kata, tipu je extra virgin tu. Dia virgin je. Tak tau la. Lagi satu, cari yang COLD PRESSED sebab nutrisinya lebih banyak berbanding yang hot pressed. BRAND tak kesah. Sebelum ni 3 botol saya guna brand Nutiva.

Untuk ekzema, ni saya biasa sapu bila ekzema terlalu teruk dan saya sapu waktu malam. Sebab apa? Sebab saya tak suka nak guna benda yang melekit dan tak selesa ni terlalu kerap dan waktu siang. Sapu sebelum tidur atau selepas saya skrub badan. Makan minyak ni pun bagus tapi setakat ni saya mampu consume 2 hari je. Pastu tak buat sebab tak lalu nak telan. (kapsul kan ada)

Sabun mandi???
Orang yang ada ekzema ni, paling susah rasanya nak cari sabun mandi. Bukan boleh sabun mandi kat kedai tu. Nanti kulit kering, ekzema lagi teruk. Kena pulak ekzema yang berdarah-darah. Kena sabun, PEDIHHH!!! Saya guna OAT. HA?? Ye.. saya guna oat untuk mandi. Kayanya ko lah mandi guna oat. 

Tak perlu kaya pun. Sepeket ni dalam RM8 lebih. Beli dari tahun lepas, tak habis-habis lagi sebab kadang-kadang je guna. Kulit tengah teruk, sabun pakai oat. Nyaman je kulit. Kadang-kadang tambah beras yang dah dikisar untuk buat skrub. Tak sakit kulit pun boleh buat. Gebu gebas je rasa kulit nanti.

Oh ye, penah pakai bar soap oatmeal & milk dari MooGoo sebab ekzema teruk. Sebuku RM30 lebih tapi sabun besar gak la. Tapi rasa lebih jimat guna oat ni je. Kalau ada susu kambing fresh, lagi bagus!

KALAU JARANG MANDI GUNA OAT, HARI LAIN MANDI PAKAI SABUN APA?
Sebelum ni ada beli sabun berasaskan Shea Butter dari iHerb. Tapi tu pun jarang pakai sebab sabun-sabun proses macam tu biasanya memang akan buat kulit kering. Nyampah je rasa. So ada sesetengah hari, saya mandi tak bersabun pun. Lagi la saya jenis duduk rumah, kerja kat rumah. Buat apa la nak sabun sangat kan? Hehehe..... Pagi memang tak sabun lah. So petang dalam 2-3 hari sekali baru sabun kot pakai sabun shea tu. 1-2 minggu sekali buat skrub oat dan beras. Ekzema teruk, lupur dengan oat. SETTLE.

TIPS : Untuk kulit kering, sebenarnya kita perlu elakkan terlalu kerap mandi atau mandi terlalu lama. Walaupun tak guna sabun, mandi pun boleh menyingkirkan minyak semulajadi yang tak berapa nak ada pada kulit bermasalah ni. JIMAT AIR. Hehehe...

TAMBAHAN sebelum terlupa. Pencuci muka macam mana lak? Kadang-kadang pakai oat, scrub dengan oat dan beras. Tapi kebanyakkannya, cuci pakai air saja la. Atau basahkan tuala kecil dengan air suam, tekap muka beberapa saat dan lap. Kalau rajin, saya buat OIL CLEANSING METHOD guna apa-apa minyak yang ada. Saya suka guna Almond Oil atau Rosehip. Gebus gebas lepas tu rasa muka.

TAMBAHAN TIPS : Pakai sabun atau tak, lepas mandi WAJIB sapu minyal/krim/lotion pe yang sesuai. Jangan tiru macam saya. Kulit badan kadang-kadang je sapu pape, mostly fokus pada ekzema je. Tapi part muka memang tak boleh tinggal. Even lepas ambil wuduk pun, kena sapu pape sebab kering teramat, rasa menegang, tak selesa..... Ha, padan muka. Dulu kulit muka jenis berminyak, gatal-gatal overused produk, sampai kulit jadi extra dry dah. END.

Ubat ketiak.
Sejak kena ekzema, memang cukup berjaga untuk guna produk termasuklah ubat ketiak ni. Lagi pun dah frust guna REXONA sebab nanti baju jadi kuning or keras. Bau badan takde tapi melekat dekat baju walaupun dah cuci. So cari yang lembut-lembut sikit. Ni antara yang saya guna. Crystal essence dan Tom's tu beli dari iHerb. Smelly No More tu ada je kat Guardian, Caring or Watson's.
Kadang-kadang ada gak ekzema kat ketiak ni. Pedih tu kalau guna deodorant biasa. Guna jenis ni agak selesa. Yang penting ALUMINUM FREE.

PROGRESS
Setakat ni, kena pun tak teruk. Kalau kena pun tak pelik sebab makan tak jaga. Kadang-kadang ada gak keluar makan seafood. Udang makan dalam 2-3 ketul je. Sotong memang tak dapat nak elak. Lepas makan, kadang-kadang tak rasa gatal. Tunggu 3-4 hari, ekzema keluar. Padan muka. Ketam memang tak makan sebab alergik ya amat sampai tekak dan telinga rasa sumbat. Takut oooo leher kena tebuk nanti kang. Dah la ubat alergik takde. Telur memang takde pantang. Balik kampung, masih lagi bantai telur 4-6 biji sehari. Jangan pelik tau! Kat sini je makan telur seminggu 4-6 biji je.

Cuaca pun satu hal. Musim panas, angin takde, jaga-jaga la. Stress pun sama. Bila stress, akan mula menggaru. Then, eczema got worst!

Sekarang, tengah cuba-cuba produk handmade/homemade dari Malaysia. Nanti saya akan sharekan. Terfikir juga nak buat sendiri sabun homemade dan jual tapi tak ada tempat nak buat projek. InsyaAllah, dalam proses suruh orang lain yang lebih mahir untuk buat.

Sapa-sapa ada ekzema, macam mana korang manage ek? Any tips untuk ECZEMA FOR ADULT?


Entri panjang. Sapa yang baca sampai habis, kasik komen sikit. Tengah belajar nak buat entri ni.....

No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!