Facebook


Friday, January 29, 2016

Peniaga online | Sales merundum di Facebook?


DAH SEMAKIN SUSAH NAK DAPAT SALES MELALUI FACEBOOK? 

Dulu senang-senang je dapat 4 angka seminggu. Sekarang nak cecah 3 angka pun susah. Tahu tak kenapa boleh jadi macam ni?? 

Salah satu sebab adalah.. Ramai orang dah start lari dari Facebook sebab terlalu banyak iklan. Sana sini iklan.. Contoh macam kita tengok Movie dekat TV2 TV3.. movie 2 jam, tapi iklan saja dah dekat sejam.. Jadi, ramai dah mula pasang Astro sebab dalam Astro tak ada iklan kalau tengok HBO atau FOX Movie Channel. Channel lain pun kalau ada iklan pun takde la lama sangat. Jadi, ramai orang start lari ke Instagram. Lepas tu, ramailah yang mula berniaga dalam Instagram. 

Tapi, masih susah nak buat jualan. Sebab.. terikut-ikut cara dekat Facebook... Nak beriklan je kerjanya.. Bagi anda yang berniaga dalam IG, cuba ubah sedikit cara.. Ingat, orang lari dari FB sebab muak tengok iklan.. dan mereka masuk IG kalau tengok iklan je, mereka pun bakal muak nanti. Jadi, macam mana nak ubah kedai IG anda supaya nampak lari menarik? 

PELBAGAIKAN POSTING. 
PELBAGAIKAN PERMAINAN GAMBAR. 

Tapi, dont worry, sebab konsep dalam IG ni lebih mudah dari FB.. Orang follow kita sbb mereka memang berminat dengan apa yang kita tawarkan, tapi jangan buat mereka jemu. Nak tahu lebih detail untuk kuasai pemasaran di Instagram? 




No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!