Facebook


Friday, November 20, 2015

Cara buat telur separuh masak

Telur separuh masak sebenarnya ada banyak jenis. Biasa yang kita tengok, telur putih dan kuning seakan-akan telur mentah, masih cair. Ada juga yang buat telur putihnya agak berketul-ketul sebab salah timing atau memang dia suka makan macam tu. Yang saya nak kongsikan hari ni adalah telur separuh masak yang nampak seakan-akan telur rebus, tapi bila dipotong telur tersebut, dalamnya masih cair.

Menarikkan? Biasa tengok telur macam tu dalam rancangan masakan omputih je. Ingatkan susah sangat nak buat. Rupanya senang je. Macam buat telur separuh masak biasa je. Bezanya adalah masa dan suhu.

Ini adalah cara-caranya :
Oh, sebelum terlupa, sila pastikan anda menggunakan telur pada suhu bilik. Macam saya guna telur baru keluar peti ais, so bila siap agak lembik bila dikopek kulit telur. Kena berhati-hati takut pecah masa kopek. Tu pun dah biarkan lebih 30 saat. Tapi kira menjadi la jugak.

Panaskan air sampai mendidih. Air agak-agak boleh tenggelamkan telur sepenuhnya.

Ada petua yang kata kalau tak nak menda yang kita masak, bila mendidih sampai terkeluar, boleh letak sudip ke apa merentangi periuk. Setakat ni, alhamdulillah memang menjadi.

Tunggu sampai menggelegak tau.

Dah menggelegak, terus masukkan telur. Api jangan padamkan. Cuma kecikkan sikit, agak2 nampak air boleh menggelegak.

Pastu tunggu 5 minit. Kalau ada alarm, masukkan telur, terus tekan alarm untuk 5 minit.

Oh ye. Jangan lupa sediakan bekas berisi air dan ais. Jadi, bila dah sampai 5 minit, terus angkat telur dan masukkan dalam bekas berisi air dan ais tu. Ini bertujuan untuk terus menyejukkan telur. Kalau tak sejukkan, telur tu akan terus sambung masak kat dalam walaupun dah angkat. Masa ni baru perasan takde ais. So letak air sejuk dan ice pack :)

Dah sejuk, boleh la kopek dan hidangkan. Ni makan dengan laksa yang beli semalam. Telur rebus laksa tu dah tak elok, so ganti telur lain.

Kurang rasa laksa ni. Tambah serbuk cili. Memang sedap.

Ni adalah hasilnya. Luar macam telur rebus tapi dalam masih cair.
Sebelum ni saya buat, hanya makan telur dengan roti je. Pecahkan telur sikit, then tabur garam dan chili flakes. Sedapnya makan. Rasa nak tambah lagi.


Jadi, yang suka makan telur (macam saya), ini adalah salah satu cara untuk anda menikmati telur. 

Sapa-sapa yang dah cuba nanti, boleh kongsikan dengan saya pulak ye. Ok, see you next entry!


XOXO,
Nadine

1 comment:

  1. sy pun suka makan telur separuh masak..boleh la try buat lepas ni...selalu kalau rebus telur mst smp masak..;p

    ReplyDelete

Thanks for your Comments!