Facebook

Monday, November 30, 2015

Pemergian Pak Yus

Al-Fatihah ...
Dapat tau berita ni mula-mula dari group whatsapp sekolah. Ingatkan khabar angin je sebab sebelum tu ngadap FB tak ada jumpa pun berita ni. Sebabkan seakan tak percaya, buka FB balik. Kalau betul, mesti banyak update mengenainya. 

Rupanya memang betul. Scha Alyahya, Afdlin Shauki, Lisa Suriani antara artis-artis yang update mengenai berita ni. Sangat-sangat terkejut sebab setaunya Pak Yus tak sakit apa-apa. Dia kena sesak nafas pun lepas buat persembahan. Tapi bila ajal dah sampai ...

Sedih la. Cuma terfikir, apalah si Tauke rasa agaknya. Sahabat rapat dan rakan seperjuangan. Baru lepas buat persembahan sama-sama dan beberapa jam kemudian, dia dah tak ada.

Sedih ....

Al Fatihah ...


Read More

Tuesday, November 24, 2015

Giveaway by Azhafizah &Nadine

Hai. Ingat lagi entri yang lepas pasal giveaway yang saya nak buat? Disebabkan blog ni ala-ala baru nak up, jadi untuk giveaway Thai Tea saya telah bergabung bersama-sama dengan blog SiHatiMerahJambu aka Azhafizah. Korang kena join sebab kitaorang telah sediakan 3 hadiah untuk pemenang bertuah! Klik banner bawah ni untuk sertai ya.
Klik sini untuk mengetahui cara penyertaan!


XOXO,
Nadine
Read More

Sunday, November 22, 2015

Agak-agak boleh berjaga malam tak?

Dah jumpa tempat lepak kat TBS. Tapi busuk sikit, bau sampah. Huhuhu....
Minggu lepas, sementara menunggu bas kat TBS, singgah beli donut kat Dunkin Donuts. Tambah order kopi ais sekali. Tak pernah order kopi ais kat kedai. Biasa order Mocha, Latte, Hazelnut Coffee. Orang selalu kata, kalau nak berjaga malam, minumlah kopi. Saya tak percaya sebab pernah je minum kopi tapi lepas tu tak berjaga pun. Tapi kali ni, minum Dunkin Donuts Ice Coffee, rasa bertenaga dan segar sangat. Padahal pagi tu tidur pukul 4 pagi dan bangun pukul 7 pagi. Biasa kalau tidur kejap, dalam bas terus tidur. Ni rasa segar sampai kena paksa mata untuk tidur. Paling best, tak pening kepala. Sampai rumah pun segar sangat-sangat sampai dah pukul 12 tgh malam, rasa macam baru pukul 8 malam. Sudahnya, paksa mata tidur gak bila dah cecah 1 pagi. Nasib baik senang je lelap.

Indocafe pun boleh la. Nanti nak beli OldTown Hazelnut Coffee lak.
Hari ni, lepas balik makan dan jalan-jalan naik BRT, balik terus rebah ke katil. Bangun balik pukul 5 untuk solat Asar. Terus pergi dapur cari kopi sebab tak nak tidur balik. Terjumpa instant coffee Indocafe. Bancuh dalam tumbler, tambah susu segar, tambah ais, goncang. Sedap. Mata pun ada rasa segar sikit. Agak-agak boleh stay up tak malam ni? Dapat stay sampai pukul 2 pagi pun kira ok. Nak blogwalking sebab dah lama tak 'jalan-jalan' sejak blog ni tak berupdate.

Korang macam mana? Suka minum kopi gak tak?


XOXO,
Nadine
Read More

Friday, November 20, 2015

Cara buat telur separuh masak

Telur separuh masak sebenarnya ada banyak jenis. Biasa yang kita tengok, telur putih dan kuning seakan-akan telur mentah, masih cair. Ada juga yang buat telur putihnya agak berketul-ketul sebab salah timing atau memang dia suka makan macam tu. Yang saya nak kongsikan hari ni adalah telur separuh masak yang nampak seakan-akan telur rebus, tapi bila dipotong telur tersebut, dalamnya masih cair.

Menarikkan? Biasa tengok telur macam tu dalam rancangan masakan omputih je. Ingatkan susah sangat nak buat. Rupanya senang je. Macam buat telur separuh masak biasa je. Bezanya adalah masa dan suhu.

Ini adalah cara-caranya :
Oh, sebelum terlupa, sila pastikan anda menggunakan telur pada suhu bilik. Macam saya guna telur baru keluar peti ais, so bila siap agak lembik bila dikopek kulit telur. Kena berhati-hati takut pecah masa kopek. Tu pun dah biarkan lebih 30 saat. Tapi kira menjadi la jugak.

Panaskan air sampai mendidih. Air agak-agak boleh tenggelamkan telur sepenuhnya.

Ada petua yang kata kalau tak nak menda yang kita masak, bila mendidih sampai terkeluar, boleh letak sudip ke apa merentangi periuk. Setakat ni, alhamdulillah memang menjadi.

Tunggu sampai menggelegak tau.

Dah menggelegak, terus masukkan telur. Api jangan padamkan. Cuma kecikkan sikit, agak2 nampak air boleh menggelegak.

Pastu tunggu 5 minit. Kalau ada alarm, masukkan telur, terus tekan alarm untuk 5 minit.

Oh ye. Jangan lupa sediakan bekas berisi air dan ais. Jadi, bila dah sampai 5 minit, terus angkat telur dan masukkan dalam bekas berisi air dan ais tu. Ini bertujuan untuk terus menyejukkan telur. Kalau tak sejukkan, telur tu akan terus sambung masak kat dalam walaupun dah angkat. Masa ni baru perasan takde ais. So letak air sejuk dan ice pack :)

Dah sejuk, boleh la kopek dan hidangkan. Ni makan dengan laksa yang beli semalam. Telur rebus laksa tu dah tak elok, so ganti telur lain.

Kurang rasa laksa ni. Tambah serbuk cili. Memang sedap.

Ni adalah hasilnya. Luar macam telur rebus tapi dalam masih cair.
Sebelum ni saya buat, hanya makan telur dengan roti je. Pecahkan telur sikit, then tabur garam dan chili flakes. Sedapnya makan. Rasa nak tambah lagi.


Jadi, yang suka makan telur (macam saya), ini adalah salah satu cara untuk anda menikmati telur. 

Sapa-sapa yang dah cuba nanti, boleh kongsikan dengan saya pulak ye. Ok, see you next entry!


XOXO,
Nadine

Read More

Thursday, November 19, 2015

Thailand Tea + Giveaway Teaser !!


Agak famous sekarang ni dengan Thai Green Tea. Kebanyakkan yang mention pasal Thai Green Tea adalah dari kedai Boat Noodle. Disebabkan tak pernah makan kat Boat Noodle, so tak tau la pasal Thai Green Tea ni. Huhu... Tapi sekarang mana-mana pun boleh jumpa disebabkan dah ramai penjual yang jual serbuk teh ni. Penjual pun dah main harga. Mula dengan RM20 sepeket untuk serbuk Thai Green Tea 200g. Bila dah ramai, harga jatuh sampai ada yang jual RM8 sepeket! Pada seller yang dapat direct dari Thailand mungkin berbaloi. Kalau seller dapat dari orang tengah? Memang tak boleh buat apa la.

Disebabkan saya ada jual teh bunga dan herba, saya pun masukkan serbuk Thai Tea ni dalam kedai Nadine's Hut. Saja nak test market. Cuma saya jual dalam botol yang lebih kecik (repack, 100g per jar) dan bolehlah letak harga murah. Tapi since ramai seller dah jual murah, dah tak best la nak jual lagi.

Thai Tea ni sebenarnya banyak jenis. Ada Red Tea, Coffee Latte, dll. Kalau ada yang berminat nak beli lain-lain jenis lagi minuman dari Thailand ni, saya recommend Instagram MaliquesGreenTea. Dengar cerita, diorang adik beradik yang mula jual Thai Green Tea sebelum seller lain naik macam 'cendawan tumbuh lepas hujan'. Sekarang tengok Instagram diorang dah ada macam-macam jenis serbuk minuman. Pada yang rasa nak berniaga kat pasar malam ke, depan rumah ke, cafe ke, boleh je ambil stok dari diorang ni. Saya pun rasa nak berbisnes air minuman dari Thailand ni tapi sekarang tak boleh la. Kena tunggu dah balik kampung semula (entah bila la). Oh ye. Ramai juga yang buat minuman ni, letak dalam botol kaca yang cantik-cantik dan letak kat butik vendor. Pastu letak harga mahal-mahal. Hahaha..!! Jangan marah ye :) Singgah Festival Foodgasm haritu, berlambak botol kaca cantik-cantik tepi jalan. Nampak sikit pembaziran disitu. Oh....

Baki Thai Tea yang masih ada. Malas nak jual, nak bagi FREE!!
Stok yang masih tinggal untuk dijual ialah 1 pek 400g Thai Red Tea, 1 pek 200g Thai Green Tea dan 2 jar 100g Thai Red Tea. Pikir-pikir nak buat apa. Ingat nak buat giveaway lah. Bagi sapa-sapa yang berminat. Sebab stok untuk sendiri minum masih banyak lagi. Ruang pun terhad nak simpan.

Sapa nak? Sila tunggu next entri. Ni teaser je dulu. InsyaAllah, giveaway senang-senang je. Mungkin akan pilih 3 or 4 orang pemenang.

Minuman pagi ni. Thai Green Tea. Nyaman......
Pagi ni gak, saya sendiri buat Thai Green Tea. Cara penyediaan senang je. Disebabkan takde simpan susu pekat or susu cair kat rumah, saya bancuh dengan apa yang ada je la. 
  • Thai Green Tea 1 sudu besar, rendam dalam 1 cawan air panas. Tunggu dalam 5-10 minit.
  • Masukkan dalam tumbler, tapi jangan lupa tapis.
  • Masukkan susu Dutch Lady Full Cream Milk (susu kotak biasa je)
  • Tambah 1 sudu gula pasir
  • Tambah 1/2 sudu besar madu asli
  • Letakkan ais sampai penuh tumbler (saya guna botol air 700ml)
  • Tambah air biasa jika perlu (saya tambah sebab nak penuhkan bekas)
Ada resepi yang letak gula, susu pekat dan susu cair. Dengar pun takut. Manisnya! Jadi, elok buat sendiri. Boleh kawal nak rasa macam mana. Macam saya buat tu, agak cair sikit tehnya. Bagi saya oklah. Kalau pekat sikit, nanti bau wangi green tea tu kuat sangat, saya tak tahan.


Orait. See you next entry. Entry giveaway. Nak pergi mandi dulu dan enjoy my Thai Green Tea. 


XOXO,
Nadine

Read More

Friday, November 06, 2015

Terfikir untuk 'Travelling Solo' ??

Sejak belajar kat U, memang dah biasa jalan mana-mana sorang-sorang je. Tapi tak jauh la. Dalam lingkungan Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Kadang-kadang, perjalanan je solo tapi bila tiba destinasi, ada la kawan yang menanti. Masa masih duduk dan kerja kat Johor, selalu cuba kumpul cuti untuk cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dulu saya kerja hanya cuti Ahad. So samada amik cuti Annual Leave atau kerja hari Ahad, which means, kerja seminggu tanpa cuti.

Tapi sekarang bila dah duduk Subang, memang dah lama tak ke mana-mana. Dalam masa 4 - 5 tahun ni, jalan-jalan KL pun hanya 2 kali je. Banyak ulang alik TBS - Johor je. 2 minggu sekali confirm balik Johor. Dah rasa tekanannya. Rasa terikat pun ada. Mana taknya, bila nak cuti, kena ikut jadual orang lain. Nak rancang awal tak boleh. Bila dah dengar macam-macam, rasa tak sedap hati nak cuti.

New Year is coming. Berazam untuk fokus lebih pada diri sendiri. Sebabnya diri sendiri ni dah rasa teruk sangat. Terasa nak berjalan secara solo lagi. Means betul-betul solo. Biasa sampai destinasi, akan ada peneman, ni segalanya buat sendiri. Sejak join group Backpackers, teringin sangat nak naik keretapi sampai ke Butterworth dan jalan-jalan kat Pulau Pinang. Takde la nak gelar diri sendiri Backpacker tapi saya lebih selesa jalan sorang dan dah lama tak jalan sorang-sorang.

Korang pun ada bercita-cita nak travelling solo tak? Ni ada video apa yang korang akan belajar dari travelling solo.


One of the things yang menarik adalah untuk kenal kawan baru. Saya adalah seorang yang tak peramah (setelah lost connection dengan manusia lain selama 4 tahun lebih, jadi makin teruk) tapi bila dah rapat baru akan jadi seorang yang suka bercakap tak berhenti, tapi depend pada orang yang saya kenal la. Jadi, rasanya dengan travelling solo ni, saya akan dapat belajar untuk berhubung dengan orang kat tempat lain dengan lebih baik.

So, ada sapa-sapa dok Penang tak? Yang rajin nak tunjuk saya jalan-jalan, suka makan-makan dan suka cakap-cakap? Mungkin boleh jadi kawan baru masa kat Penang nanti.... :)

Can't wait for 2016 !




Read More

Wednesday, November 04, 2015

Projek Tanam Sayur

InsyaAllah ...

Setelah 2 tahun dah tak tanam sayur, terfikir nak mulakan semula. Tanam kat rumah my SIL. Kalau dulu tanam kat kampung, 2 minggu sekali baru dapat jenguk.

Benih Kailan hari ke 3
Untuk permulaa, cuba semai biji benih Kailan Sawi Hong Kong dalam rumah. Semai atas tisu basah. Alhamdulillah dah sampai hari ke 3. Hopefully menjadi. Ada juga semai dalam tanam hitam kat luar tapi masuk hari ke 3, baru 1 je yg baru nak keluar. Mungkin tanam dalam sikit.

Peringkat awal ni memang nak ekperimen sikit. Cari cara paling mudah nak semai dan tanam sebab tanah dan kawasan terhad. Kawasan depan rumah semua dah berturap. Takde langsung tanah. Sempit pulak tu.

Target, paling lambat pun Januari 2016 akan dapat nikmati sayur sendiri. Finger cross!


Read More

Monday, November 02, 2015

Natural Tea, Lebih Khasiat dan Enak

Dah lama nak tulis entri pasal natural tea ni tapi asyiklah bertangguh. So dipendekkan cerita, saya ada menjual beberapa jenis natural tea berasaskan bunga-bunga dan herba yang telah dikeringkan. Buat masa sekarang hanya ada beberapa jenis je. InsyaAllah, akan bertambah ikut feedback dari customer.

4 jenis single tea
Buat masa sekarang, saya menjual :
  • Dried Rose Bud 40g RM20.00
  • Dried Lavender 35g RM18.00
  • Dried Apple Flower 40g RM15.00
  • Dried Roselle 40g RM13.00
Oh ye. Nampak tak 'orang' yang terbelah dua tu. Tu namanya Mr Tea. Digunakan untuk isi teh dan rendam dalam air. Berfungsi macam penapis jugaklah. Harga RM10.00

Terbaru! Mix tea.
Ini pula jenis yang terbaru. Gabungan Lemongrass dan Ginger. Pendapat saya sendiri, Lemongrass memang tak berapa menarik dinikmati begitu sahaja. Saya pernah cuba mix dengan Roselle untuk rasa ke masam-masam sikit dan Apple Flower untuk rasa yang bagi saya seperti rasa mild coklat or coffee. Masih boleh minum tapi saja order dried ginger sebab biasa kita dengar lemongrass campur dengan ginger aka halia ni kan. Terutama untuk senang buang angin.

Untuk tea mix Lemongrass dan Ginger ni berharga RM10.00 sahaja.

Ok. Semua harga yang dinyatakan belum termasuk postage ye. Postage untuk berat 1kg dan ke bawah, RM7 untuk Semenanjung, RM10 untuk Sabah Sarawak.

Jangan lupa untuk follow :
Instagram http://www.instagram.com/Nadines.Hut
FB page http://www.facebook.com/nadinehut.my

Nak order atau sebarang pertanyaan boleh directly message social media tersebut atau Whatsapp saya melalui no yang disediakan.


Read More