Facebook


Thursday, October 01, 2015

Selamat Datang Oktober | Update Planner

Welcome October!

Pejam celik dah masuk bulan Oktober.

Eh kenapa blog ni kosong? Hahaha....!
Blog ni kosong sebab tengah dalam proses pengubahsuaian. Banyak benda nak kena ubah. Jadi, tukar semua entri jadi draft. Ingat nak delete terus tapi macam sayang je. So, tunggulah apa yang akan jadi dengan blog ni.

Apa nak buat bila dah masuk bulan baru? Bagi saya adalah UPDATE PLANNER. Ni bukanlah aktiviti yang biasa saya buat awal bulan. Baru je pun nak berjinak-jinak dengan planner sebab :

1 terlalu banyak benda nak buat
2 selalu lupa apa nak buat
3 banyak benda penting (dokumen, urusan bisnes, dll) tak disimpan dengan betul
4 STRESS!

Kalau diikutkan, beli planner dari hujung tahun lepas, untuk KONONnya nak jadi lebih organize untuk 2015. Setelah 9 bulan berlalu, planner mahal tapi banyak kosong. Kihkih...

Tapi takpe. Don't give up! Masa-masa rajin macam ni, lepas Subuh takyah tidur. Terus buka planner dan update apa-apa yang patut.

Planner untuk bulan Oktober
Ni planner yang saya gunakan. Belah kanan tu Midori tapi bukan original lah. Masa beli hujung tahun lepas, tambah insert dan aksesori, harga mencecah RM150 jugak. The best thing about planner mahal macam ni (ada yang lagi mahal tau) ianya boleh digunakan semula untuk tahun-tahun akan datang. Kita hanya perlu tukar insert (bahagian dalam) sahaja. Sebab yang lebih mahal tu kulit/cover dia. Macam Midori ni cover dia kulit. Oh takpe. Nanti cerita panjang pasal Midori ni.

Belah kiri tu planner tak tau apa brand tapi ada tag harga dari Kinokuniya. SIL yang bagi. Disebabkan baru dapat bulan 7 haritu, pilih planner ni sebab ianya undated version. So boleh tibai nak mula dari bulan bila. Kalau beli planner yang dah ada date, baru beli Julai, jawabnya kosonglah untuk bahagian bulan Januari sampai Jun.

Korang buat apa pula pagi 1 Oktober ni? Kalau ada entri baru mengenai 1 Oktober, tinggalkan link blog korang kat komen ye. Nanti saya pergi jalan-jalan kat blog kamu. Hehehe.....


P/S : Dah lama tak tulis blog. Rasa nak tulis panjang berjela pulak. Huhuuu....


No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!