Facebook


Sunday, October 04, 2015

Path Maker Malaysia | Acuan Simen

Pada yang sukakan landskap, nak create halaman rumah yang cantik dan teratur dan suka buat DIY projek. Ini adalah alat yang boleh membantu anda untuk design pathway atau laluan bercorak dihalaman rumah atau mini garden anda. Senang digunakan. Tak perlu upah orang untuk buat lagi.


Path Maker Malaysia - Acuan Simen



Harga Promosi
RM120.00 (Pick Up area Bandar Jengka)
RM130.00 (termasuk postage untuk Semenanjung Malaysia)
RM145.00 (termasuk postage Sabah Sarawak)

Apa dia Path Maker?
Pernah dengar mengenai Pathmate dari US? Samalah dengan Path Maker ni cuma kami guna nama lain je. Produk berbentuk acuan ini digunakan untuk menurap jalan atau lantai, yang menghasilkan corak yang menarik. Biasa kalau kita simen lantai licin je kan? Tapi dengan guna acuan Path Maker ni, korang boleh dapat effect lantai bercorak yang cantik. Kalau orang tengok, mesti orang ingat nak buat mahal sebab nak kena upah orang susun batu bagai. Dengan Path Maker ni, tak perlu upah orang, tak perlu beli batu corak dan upah orang untuk susun batu. 

Apa beza dengan Path Maker Malaysia dengan acuan lain?
Yang saya jual ni 100% buatan Malaysia tau! Dibuat secara manual oleh orang Malaysia. Bukan keluaran mesin kilang. Bukan buatan China. Jadi, sokonglah barang buatan Malaysia!
Saya tak pernah tengok depan2 jenis acuan yang lain. Tapi dari apa yang saya survey, harga, corak, material dan saiz agak berbeza dari yang saya jual. Ok, tak perlu cerita produk orang. Kita cerita produk sendiri. Path Maker Malaysia ni bersaiz 2 kaki x 2 kaki. Diperbuat dari epoxy fiber yang tahan lasak untuk digunakan berulang kali. Tak berat dan amat mudah digunakan

Macam mana cara nak guna Path Maker ni?
Ok. Mudah sahaja.
1. Letak acuan Path Maker
2. Masukkan bancuhan simen dalam acuan.
3. Ratakan dan buang lebihan simen yg tak masuk dalam acuan.
4. Angkat acuan.
5. Buat yang seterusnya di sebelah dan ulang langkah2 di atas.



Ni saya sertakan contoh penggunaan yang saya dapat dari YouTube. Cara guna sama je tapi acuan dia guna tu jenis lain tau. 



Yang ni pula adalah contoh yang korang boleh buat, samada lantai atau laluan jalan.








Ni pula hasil dari menggunakan DIY Pathmate Malaysia

Amacam? Cantik tak? Tapi ni pun belum siap 100%
Kalau ada yang berminat nak beli, harga pengenalan masih berjalan sehingga diberitahu. Nak order boleh LIKE FB Page : Path Maker Malaysia - Acuan Simen

Contact no untuk whatsapp ada kat situ. Atau boleh PM je terus.


No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!