Facebook


Thursday, October 29, 2015

[OFFER END] Diskaun 45% untuk 1 dozen donut Krispy Kreme!

Hi!

Ingat nak private sekejap blog ni sebab ada benda nak diubah pada blog ni. Tapi disebabkan nak kongsi dengan korang semua pasal DONUT ni.

Siapa minat donut? Terutama donut Krispy Kreme? Angkat tangan!

Terjumpa offer di kat wall FB page Be Malas. Diskaun 45% untuk 1 dozen Krispy Kreme Donuts. Saya memang peminat donut Krispy Kreme  dan Dunkin Donut setelah Big Apple beberapa kali mengecewakan. So, bila nampak offer ni, terus je redeem. Hanya perlu bayar RM25.35 sahaja, instead of RM55.35 dan pihak Be Malas akan deliver pada hari esok, Jumaat.

Hari ni last day untuk redeem tau!

Macam mana nak redeem? Hanya SMS 'KRISPYKREME' ke 012-6431303. Tunggu pihak Be Malas respond. Kena isi borang dan buat bayaran. Oh ye. Jangan lupa LIKE FB page Be Malas tau kalau korang nak tau Be Malas ni ape kebende. Khas untuk korang-korang yang tak berapa rajin.



Ok. Kembali pasal donut. 1 dozen (12pcs) donut tu tak boleh pilih tau. Tapi memang speciallah sebab ada donut design sempena Krismas. Pelik jugak kenapa tema Krismas sebab Krismas lambat lagi. Halloween pun tak lepas lagi. Rupanya, offer ni adalah istimewa untuk Krismas Review. Halloween Review Offer pun rupanya ada sebelum ni, cuma tak perasan je. Untuk 12pcs donut, korang akan dapat,
  • 4 Krismas Donut (Snowman, Santa Belly, Wreath, holiday tree)
  • 4 Original Glazed
  • 4 assorted (Red Velvet, Hershey’s Cookies & Cream, Strawberry filled, Almond All Over)
Aduh, tak sabarnya tunggu esok! Ni gambar Krismas Donut tu.


Sapa berminat jangan lupa SMS Be Malas terus tau. More info boleh cari kat FB page Be Malas sebab dekat page Krispy Kreme Doughnuts Malaysia takde pun offer ni. Lagi pun, hari ni HARI TERAKHIR untuk redeem tau. Kawasan lain selain Lembah Klang, boleh je SMS then tanya boleh delivery luar Lembah Klang tak? Rasanya boleh tapi ada delivery fee lah.


Note : Balik kampung hari tu, beli Dunkin Donut. Tapi tak puas makan. :) Dah redeem offer ni, terfikir sendiri..... SAPA NAK HABISKAN 12PCS DONUT?????

No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!